Tarikh: 11 Januari 2022 / Selasa
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa pelaksanaan ujian saringan bergilir COVID-19 bagi murid sekolah rendah bawah Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan dilaksanakan secara kendiri oleh murid di rumah dengan bimbingan ibu bapa/penjaga.
Guru Kesihatan @ Penyelaras Jawatankuasa Covid-19 SK Sungai Sampo, Pn. Nurul Farasyikien binti Ramli mengedarkan kit ujian saringan kepada murid yang dipilih di atas persetujuan ibu bapa.